Kalau anda jenis yang selalu rushing pada waktu pagi, anda memang faham cabaran nak sediakan sarapan yang cepat, sihat, dan mengenyangkan. Menyediakan makanan sihat memang penting, tapi bila sibuk bekerja, hantar anak ke sekolah atau bergegas ke kelas, kadang-kadang kopi dan biskut sahaja yang sempat dicapai.
Sebab itu ramai memilih telur sebagai menu sarapan harian. Murah, mudah didapati dan paling penting, tinggi protein. Tak kiralah anda kaki gym, atlet HYROX, sedang berdiet atau sekadar mahu kekal kenyang lebih lama, telur memang antara pilihan paling mudah untuk mendapatkan protein setiap hari.
Tetapi kalau setiap hari asyik makan telur rebus biasa, lama-lama boleh bosan juga, kan?
KHIND EggXpert SE3000 penyelamat sarapan sihat anda. Pengukus serbaguna ini membantu anda menyediakan pelbagai hidangan kegemaran dalam hanya kurang 15 minit. Mudah digunakan, mudah dicuci dan sesuai untuk geng bujang, pasangan, mahupun keluarga kecil.
Dengan KHIND EggXpert, Sarapan Protein Tinggi Tak Pernah Semudah Ini!
Telur menjadi sumber protein yang murah dan mudah disediakan! Ada yang sukakan telur rebus sepenuhnya, telur separuh masak, dan ada juga yang lebih gemarkan telur kukus atau egg custard yang lembut.
Berita baiknya, semua ini boleh dibuat menggunakan KHIND EggXpert tanpa perlu pengawasan semasa memasak! Hanya pusing knob mengikut timer dan dalam beberapa minit, sarapan sihat sedia terhidang!
Mesin Pengukus Telur Bersaiz Kecil yang Cukup Untuk Semua

Jangan tertipu dengan saiznya yang comel.
KHIND EggXpert hadir dengan kapasiti 3L dan reka bentuk dua tingkat yang boleh masak sehingga 14 biji telur pada satu masa. Jadi kalau anda nak buat meal prep untuk seminggu atau sediakan sarapan untuk seisi keluarga, semuanya boleh dilakukan dengan mudah.
Ia juga tidak mengambil banyak ruang di dapur, menjadikannya sesuai untuk apartment, rumah bujang, bilik sewa atau dapur yang lebih kompak.
Sarapan Siap Dalam 15 Minit? Memang Boleh!

Bayangkan bangun pagi, masukkan telur atau makanan ke dalam KHIND EggXpert sebelum mandi, tetapkan timer dan sambung bersiap untuk bekerja.
Tak perlu tunggu air mendidih. Tak perlu berdiri di dapur. Tak perlu risau terlupa tutup api.
Dengan kuasa stim 400W, makanan dimasak dengan cepat sambil membantu mengekalkan rasa dan nutrien. Mudah, kan?
KHIND EggXpert: Bukan Sekadar Pengukus Telur, Tetapi Periuk Pengukus Serbaguna
Kalau anda fikir KHIND EggXpert hanya untuk telur rebus, fikir semula! KHIND EggXpert boleh digunakan untuk masak pelbagai makanan dan memudahkan urusan anda di dapur.
Antara hidangan yang boleh anda cuba termasuk:
• Telur separuh masak
• Telur goreng
• Egg custard
• Pau kukus
• Mantao bun
• Jagung kukus
• Kentang kukus
Jadi setiap hari anda boleh mencuba menu masakan berbeza tanpa perlu membeli pelbagai peralatan dapur.
Kenapa Pilih Mesin Telur KHIND EggXpert?
Kita semua pernah nampak egg cooker murah yang dijual di platform online. Harga memang nampak menarik, tetapi ramai juga yang risau tentang aspek keselamatan, ketahanan dan kualiti produk.
Dengan KHIND, anda membeli daripada jenama tempatan yang mampu milik dan telah dipercayai rakyat Malaysia selama lebih 65 tahun.
KHIND EggXpert dilengkapi dengan badan keluli tahan karat yang kukuh, vent keselamatan untuk melepaskan wap panas serta dibina mengikut piawaian keselamatan yang sesuai untuk kegunaan harian di rumah.
Lebih penting lagi, anda tidak perlu risau tentang plug luar negara, adaptor tambahan atau produk yang cepat rosak selepas beberapa bulan penggunaan.
Pengukus Telur KHIND EggXpert Sesuai Untuk Siapa?
KHIND EggXpert sesuai untuk semua orang.

Kaki gym yang masak stok telur untuk capai protein harian.
Atlet HYROX yang perlukan sumber protein mudah selepas latihan.
Pelajar universiti yang mahu memasak tanpa dapur yang lengkap.
Pasangan muda yang mahu menyediakan sarapan dengan cepat sebelum ke tempat kerja.
Ibu bapa yang sibuk juga pasti menghargai betapa mudahnya menyediakan sarapan untuk keluarga menggunakan mesin telur ini.
Jadikan Sarapan Lebih Mudah Dengan KHIND EggXpert
Tak perlu lagi pening memikirkan apa yang hendak dimakan setiap pagi.
Dengan KHIND EggXpert SE3000, anda boleh menikmati pelbagai hidangan bukan sahaja yang berasaskan telur serta makanan kukus dengan lebih mudah dan cepat.
Daripada telur separuh masak yang sempurna hinggalah kepada telur rebus untuk meal prep mingguan, semuanya senang disediakan dalam mesin telur KHIND yang kompak dan praktikal.
Dengan harga hanya RM139, ia bukan sahaja menjimatkan masa anda setiap hari bahkan memudahkan anda menyediakan makanan di rumah!
Dapatkan KHIND EggXpert SE3000 hari ini dan nikmati sarapan protein yang lebih mudah, lebih sedap dan lebih sihat setiap hari!




