Meal Prep Jadi Lebih Mudah Dengan KHIND SealMate USB Portable Vacuum Sealer

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai rakyat Malaysia mula mengamalkan meal prep dan membeli stok makanan secara pukal untuk lebih jimat. Namun, tanpa cara penyimpanan yang betul, makanan boleh cepat hilang kesegaran dan akhirnya terbuang begitu sahaja.

Di sinilah KHIND SealMate USB Portable Vacuum Sealer ZVS07EX membantu. Vacuum sealer ini direka untuk memastikan makanan kekal segar lebih lama, di samping menjadikan peti sejuk lebih tersusun dan rutin harian lebih mudah. Bukan sahaja untuk kegunaan didapur, malah ia juga berguna untuk penyimpanan barang di rumah dan ketika travel. Lebih menarik, semuanya boleh dimiliki pada harga hanya RM139.

Kenapa Vacuum Sealing Penting?

Ramai menyangka menyimpan makanan di dalam peti sejuk sudah memadai. Namun, walaupun disejukkan, makanan masih terdedah kepada udara dan kelembapan yang boleh menyebabkan ia cepat hilang kesegaran, rasa dan tekstur. Akibatnya, makanan mudah rosak, perlu dibuang, dan akhirnya meningkatkan pembaziran serta perbelanjaan dapur.

Sebab itulah vacuum sealer kini menjadi antara peralatan dapur yang semakin penting dimiliki oleh setiap isi rumah. Dengan mengeluarkan udara daripada beg penyimpanan sebelum ditutup dengan kemas, makanan kurang terdedah kepada oksigen yang menjadi punca utama pertumbuhan bakteria dan kulat. Hasilnya, daging, makanan laut, sayur-sayuran, buah-buahan, makanan kering malah snek kegemaran anda dapat kekal segar dan rangup lebih lama.

Bukan sekadar memanjangkan jangka hayat makanan, vacuum sealer juga memudahkan penyediaan hidangan, membantu anda membeli barangan dapur dalam kuantiti yang lebih menjimatkan, serta memastikan peti sejuk kekal kemas dan tersusun. Jika anda ingin mengurangkan pembaziran makanan dan menjimatkan kos barangan dapur dalam jangka panjang, memiliki sebuah vacuum sealer seperti KHIND SealMate ZVS07EX adalah satu pelaburan yang berbaloi untuk setiap rumah.

Meal Prep Jadi Lebih Mudah dan Tersusun

Jika anda gemar menyediakan makanan lebih awal, memiliki vacuum sealer boleh menjadikan proses meal prep jauh lebih mudah dan selamat.

Contohnya, ayam, daging atau ikan yang dibeli secara pukal boleh dibahagikan mengikut saiz hidangan sebelum divacuum dan disimpan di dalam freezer. Apabila ingin memasak, anda hanya perlu mengambil satu pek tanpa perlu mengeluarkan keseluruhan stok. Ini merupakan cara terbaik untuk mengekalkan kesegaran makanan tanpa perlu menyahbekukan keseluruhan stok. Penyahbekuan dan pembekuan semula secara berulang kali boleh menjejaskan kualiti makanan serta meningkatkan risiko pencemaran dan kerosakan.

Kaedah ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah membantu mengurangkan pembaziran makanan dan memastikan peti sejuk kelihatan lebih kemas. Kaedah ini juga sesuai untuk menyimpan sayur-sayuran, buah-buahan, makanan sejuk beku, lebihan snek, kopi, rempah atau bahan masakan lain supaya kekal segar lebih lama.

Kenali KHIND SealMate – Kompak, Berkuasa dan Mudah Digunakan

Direka untuk kegunaan harian, KHIND SealMate menjadikan penyimpanan makanan lebih mudah, kemas dan bebas daripada pembaziran.

Dengan kuasa sedutan sehingga 60kPa, ia membantu mengeluarkan udara dengan berkesan untuk memastikan makanan kekal segar lebih lama. Ia turut menyokong fungsi vacuum dan sealing bagi makanan basah atau kering, menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis bahan makanan.

Salah satu kelebihan utama SealMate ialah reka bentuk cordless yang menggunakan bateri 1500mAh dan boleh dicas semula menggunakan USB Type-C. Dengan berat hanya 481g, ia mudah dibawa dan digunakan di mana-mana tanpa bergantung kepada soket elektrik. Jadi, senang lah untuk dibawa bersama ketika anda travel.

Untuk pengalaman penggunaan yang lebih praktikal, SealMate turut dilengkapi dengan double gear sealing, mini knife, transparent water tank, vacuum bag card slot, magnetic storage serta integrated external drawer bagi memastikan aksesori sentiasa tersusun. Selepas digunakan, liquid trough yang boleh ditanggalkan memudahkan proses pembersihan, manakala fungsi auto power off selepas tiga minit tidak digunakan memberikan perlindungan tambahan serta menjimatkan penggunaan bateri.

Lebih penting, proses penggunaannya sangat mudah. Anda hanya perlu meletakkan beg vacuum pada kedudukan yang betul, mengunci penutup, memilih fungsi yang diinginkan dan tekan butang Start/Stop. Dengan hanya tiga langkah, makanan sedia disimpan dengan lebih kemas dan segar.

Vacuum Sealer 'Must-Have' untuk Jimat Ruang Penyimpanan

Walaupun terkenal sebagai mesin vacuum makanan, SealMate juga boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan lain di rumah.

Ia sangat berguna untuk memampatkan pakaian ketika travel, terutamanya jaket musim sejuk yang tebal supaya bagasi mempunyai lebih banyak ruang. Selain itu, duvet, cadar dan selimut yang jarang digunakan juga boleh disedut/dimampatkan untuk menjimatkan ruang penyimpanan di dalam almari.

Bagi pemilik haiwan peliharaan pula, makanan kering boleh di vakum supaya kekal segar lebih lama, sama ada untuk kegunaan harian atau ketika membawa bekalan semasa bercuti.

Dengan satu peranti, anda bukan sahaja dapat mengurus penyimpanan makanan, malah membantu memastikan rumah sentiasa lebih kemas dan teratur.

Kenapa Pilih KHIND Berbanding Vacuum Sealer Murah?

Terdapat banyak vacuum sealer murah di pasaran, namun tidak semuanya menawarkan prestasi dan kualiti yang boleh dipercayai. Ada yang gagal menghasilkan sealing yang kemas dan kedap. Malah, ada yang menggunakan plug luar negara atau tidak mempunyai jaminan keselamatan yang diyakini dan jelas.

Sebagai jenama tempatan yang telah lama dipercayai rakyat Malaysia, KHIND sentiasa menawarkan produk berkualiti yang direka untuk memudahkan kegunaan harian. SealMate hadir dengan pensijilan SIRIM, menggunakan pengecasan USB Type-C yang lebih praktikal serta disertakan jaminan selama satu tahun.

Jadi, anda bukan sekadar membeli sebuah vacuum sealer, tetapi melabur dalam produk yang berkualiti, mudah digunakan dan disokong oleh perkhidmatan selepas jualan daripada jenama yang sudah dikenali ramai.

Jimat Ruang, Kekalkan Kesegaran Bersama KHIND SealMate

Sama ada anda ingin memudahkan meal prep, mengurangkan pembaziran makanan, menyusun peti sejuk dengan lebih kemas atau menjimatkan ruang ketika travel, KHIND SealMate USB Portable Vacuum Sealer ZVS07EX ialah penyelesaian yang praktikal untuk setiap isi rumah.

Dengan reka bentuk yang ringan, fungsi yang mudah digunakan, prestasi vacuum yang berkuasa serta jaminan kualiti daripada jenama tempatan yang dipercayai, semuanya boleh dimiliki pada harga hanya RM139.

Layari laman web rasmi KHIND hari ini dan dapatkan KHIND SealMate USB Portable Vacuum Sealer ZVS07EX untuk menikmati penyimpanan makanan yang lebih segar, lebih kemas dan lebih bijak setiap hari.