Sebut Namamu: Meraikan Sang Juara Setiap Hari

Tahun ini, KHIND meraikan ulang tahun ke-65 dan sempena memperingatinya, kami menganjurkan sebuah kempen bagi meraikan "Juara Setiap Hari" (Everyday Champions) kita.

Sebagai sebuah jenama tempatan yang berbangga dengan warisannya, kejayaan KHIND sentiasa digerakkan oleh rakyat Malaysia biasa. Kempen Sebut Namamu ini merupakan cara kami menghargai mereka: insan-insan di sebalik kehidupan seharian, yang kisah dan penat lelah mereka—walau sekecil mana sekalipun—terus memastikan Malaysia bergerak maju. Menggerakkan negara.

Setiap insan punya nama. Setiap nama punya cerita.


Dari awal subuh hingga larut malam, ada tangan-tangan yang tekun bekerja menggerakkan rutin harian negara ini. Tanpa mereka, Malaysia tidak akan berdiri seteguh hari ini 🇲🇾✨
Mereka mungkin bekerja di belakang tabir tanpa meminta sebarang pujian, tetapi cerita mereka berhak didengar.

Selama 65 tahun, KHIND bertuah dapat hadir di sudut rumah keluarga Malaysia, menjaga keselesaan harian agar hidup terus berjalan. Hari ini, pentas ini milik wira-wira kita.

Siapa yang boleh anda calonkan?

Calonkan rakyat Malaysia yang berbuat baik untuk orang lain, tidak kira umur, bangsa, pekerjaan atau latar belakang. Mereka mungkin ahli keluarga, kawan, jiran atau rakan sekerja yang kisahnya patut didengar.

Cara sertai

  1. Calonkan: Kongsikan nama seseorang dan kisah ringkas tentang mengapa mereka bermakna melalui borang di laman kempen.
  2. Kami pilih: Pasukan KHIND akan menyemak pencalonan dan memilih kisah untuk diketengahkan dalam siri video Sebut Namamu.
  3. Nama mereka disebut: Kisah terpilih akan dirakam dan dikongsikan di TikTok, Instagram dan Facebook KHIND.

Cara Kami Meraikan Sang Juara Setiap Hari

Setiap individu yang terpilih untuk siri video 'Sebut Namamu' akan menerima:

  • Sebuah cerek elektrik eksklusif siri ulangtahun ke-65 KHIND
  • Posting kisah anda di seluruh platform sosial KHIND Malaysia

5 individu akan terpilih (melalui internal voting) untuk menjadi brand ambassador pertama KHIND Malaysia selama 1 tahun serta menerima produk KHIND bernilai sehingga RM6,500!

Para pemenang juga akan dipaparkan di DOOH/ Bilboard di lokasi terpilih pada tahun 2027. 

 

Tarikh tutup pencalonan: 30 November 2026.

Ketahui lebih lanjut dan calonkan seseorang di laman rasmi Sebut Namamu.